Tayangan Video Advokasi

20 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 September 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan tayangan video Advokasi di PI PPR Seduan Rantau Panjang. Seramai 19 orang peserta telah mengikuti tayangan video tersebut. Tayangan video ini berlangsung selama 2 jam dari pukul 01:00 petang sehingga 03:00 petang.

Tujuan tayangan video ini diadakan adalah untuk mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya penggunaan internet secara positif. Tayangan video ini juga dapat memupuk etika dan tatacara murni ketika menggunakan internet, mengelak daripada terjebak de¬ngan peni¬puan, mencegah buli siber dan memfitnah dalam diri perserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali